‘Abang Viva’ terima anugerah Adiwira Prihatin Musibah - Utusan Malaysia

‘Abang Viva’ terima anugerah Adiwira Prihatin Musibah

AZWAN Omar menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah yang disampaikan  Aminurrahim Mohamed. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Viva’ atau  Azwan Omar, 29, melahirkan perasaan gembira dan syukur  apabila menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah, baru-baru ini.

Berdasarkan kenyataan  Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Azwan menerima sijil penghargaan yang disampaikan  Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed atas keprihatinannya membantu mangsa banjir.

Dalam pada itu,  Azwan yang turut berkongsi momen berkenaan di laman TikToknya semalam bersyukur dengan penghargaan yang diterimanya.

“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua. Saya telah menerima penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” katanya.

Kisah Azwan sebelum ini  tular dalam media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir pada minggu lalu, dengan berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya