‘Abang Viva’ hero orang Melaka - KM - Utusan Malaysia

‘Abang Viva’ hero orang Melaka – KM

AZWAN OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Nama Azwan Omar atau lebih popular dikenali sebagai ‘Abang Viva’ dan kisah prihatinnya berkumandang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali ketika membentangkan Bajet 2022 negeri ini berkata, kerajaan negeri pimpinannya menghargai jasa dan pengorbanan Azwan yang membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang menggunakan bot memancing dan kereta Perodua Viva miliknya.

Katanya, seluruh rakyat Melaka mengucapkan tahniah atas usaha luar biasa individu yang berasal dari Alor Gajah dekat sini itu, meskipun hanya berbekalkan wang tunai RM50.

“Kita ucapkan tahniah dan penghormatan kepada ‘hero’ orang Melaka ini.

“Kita tersentuh hati dengan Azwan Omar, atau lebih glamor dengan nama ‘Abang Viva’ yang menjadi tular, apabila dia yang bekerja sebagai operator mesin mengambil cuti pada majikan demi meredah banjir menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam dengan berbekalkan RM50,” katanya dalam Persidangan Pertama (Khas) DUN Melaka Ke-15.


SERAMAI 20 daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Sejak minggu lalu, Azwan menjadi perhatian dalam media sosial selepas sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir. 

Terbaharu, beliau meminta orang ramai supaya berwaspada dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya. 

Katanya, ini kerana beliau tidak pernah melantik mana-mana pihak meminta duit dan mengumpul dana atas namanya, apatah lagi mengenakan bayaran dalam mendapatkan khidmatnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya