AADK benarkan pelawat sempena Hari Natal - Utusan Malaysia

AADK benarkan pelawat sempena Hari Natal

AADK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membenarkan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara sempena dengan sambutan Hari Natal  tahun INI.

Agensi itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi lawatan khas secara bersemuka itu hanya dibenarkan di negeri yang berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala negeri-negeri yang belum mencapai Fasa 4 PPN  dibenarkan pertemuan secara dalam talian.

Kebenaran bersemuka itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PPN ditetapkan termasuk hanya pelawat lengkap dua dos vaksin dibenarkan bagi tempoh lima hari bermula 25 hingga 29 Disember 2021.

Setiap keluarga atau penjaga perlu membuat janji temu dengan PUSPEN bagi mengelakkan kesesakan, melancarkan perkhidmatan AADK dan mengelakkan risiko penularan jangkitan wabak Covid-19.

Permohonan janji temu itu boleh dibuat menerusi pangggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp; surat atau e-mel kepada Pegawai Pemulihan terlibat. Lawatan secara walk-in adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pandemik ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi PUSPEN berkaitan atau melayari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya