995 buah kapal persiaran dijangka singgah di Pulau Pinang tahun depan

995 buah kapal persiaran dijangka singgah di Pulau Pinang tahun depan

WEE Ka Siong (tiga dari kiri) pada majlis pembukaan semula aktiviti kapal persiaran di negara ini di SPCT, Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kementerian Pengangkutan menjangkakan sebanyak 995 buah kapal persiaran (Cruise) akan membuat persinggahan di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini sepanjang tahun hadapan melibatkan pengendalian seramai 660,318 penumpang. 

Menterinya, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 58 persinggahan kapal persiaran antara tempoh semalam iaitu pada hari pertama perkhidmatan tersebut bermula semula sehingga Mac tahun hadapan melibatkan pengendalian seramai kira-kira 47,000 penumpang. 

Menurut beliau, ketika ini Genting Cruise Lines menjadi operator kapal persiaran pertama yang memulakan pelayaran domestik dengan kapal persiaran Star Pisces bermula semalam manakala sebuah lagi operator dijangka menawarkan perkhidmatan mereka pertengahan bulan depan. 

“Sudah semestinya, pembukaan industri kapal persiaran domestik ini akan melimpah kepada para peniaga kecil dan sederhana, pengusaha teksi dan e-hailing, penarik beca, pengusaha restoran dan pihak-pihak berkepentingan lain yang terlibat dalam industri pelancongan. 

“Saya berharap operasi kapal persiaran domestik ini dapat terus berjalan dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan sekali gus menarik lebih ramai pelancong untuk melancong dalam negara dengan menaiki kapal persiaran,” katanya. 

Beliau berucap pada majlis pembukaan semula aktiviti kapal persiaran di negara ini di SPCT di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng. 

Dalam majlis sama, Teik Cheng turut mengumumkan sumbangan derma sebanyak RM150,000 kepada mangsa bencana banjir di seluruh negara yang disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). 

Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, pihaknya dengan kerjasama pihak-pihak terlibat termasuk operator kapal persiaran akan bekerja keras untuk mendapatkan kebenaran pembukaan persiaran bagi pelayaran antarabangsa. 

Bagaimanapun katanya, buat masa ini pembukaan kapal persiaran antarabangsa itu tertakluk kepada situasi semasa pandemik Covid-19 apatah lagi dengan kebimbangan banyak negara terhadap ancaman varian baharu Omicron. 

Pada masa sama tambah beliau, pihaknya dan SPPP juga telah membuat perancangan untuk mewujudkan Pelan Penyelarasan Kapal Persiaran tahun hadapan dengan sasaran utama untuk mewujudkan ‘home-porting’ di Pelabuhan Pulau Pinang.

“Saya percaya dengan kerjasama semua pihak dan dengan kelebihan yang ada di Pulau Pinang, kita dapat menaikkan nama Pelabuhan Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya sebagai destinasi persinggahan utama kruis antarabangsa,” katanya. 

SPCT mencatatkan jumlah penumpang kruis melebihi sejuta orang setiap tahun dari 2013 sehingga 2019 sebelum tidak lagi dapat beroperasi untuk mengendali penumpang kapal persiaran sejak April tahun lalu akibat pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya