95.37 peratus calon UPKK MPKAFA lulus – Jakim - Utusan Malaysia

95.37 peratus calon UPKK MPKAFA lulus – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 95.37 peratus calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) (UPKK) menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) lulus semua subjek.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd. Yusoff berkata, keputusan itu adalah bukti keberkesanan aktiviti pendidikan KAFA.

Ini ujarnya termasuk pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang telah dilaksanakan dalam pelbagai cara dan kesesuaian bermula sejak tahun lalu di seluruh negara.

“Pencapaian ini selaras visi dan misi tujuan pengajian KAFA melahirkan manusia yang terdidik dan tidak terikat peperiksaan bertulis semata-mata,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

UPKK berdasarkan MPKAFA dilaksanakan buat kali pertama dalam suasana Pelan Pemulihan Negara secara berfasa yang melibatkan 6,163 pusat penilaian dan lebih 35,000 guru KAFA. tahun ini jumlah calon melonjak dengan seramai 464,605 calon berdaftar disebabkan 222,528 murid tahun enam tidak dapat menduduki UPKK tahun lalu yang ditunda ekoran isu Covid-19. – JAKIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya