82 mangsa banjir di Negeri Sembilan masih di PPS - Utusan Malaysia

82 mangsa banjir di Negeri Sembilan masih di PPS

MANGSA banjir yang ditempatkan di PPS Kampung Poum, Jelebu, Negeri Sembilan. - UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selepas sembilan hari selepas kejadian banjir melanda pada 18 Disember lalu, seramai 82 mangsa banjir di Negeri Sembilan masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih lagi dibuka.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menerusi maklumat yang dikongsikan memaklumkan, setakat pukul 2 petang tadi kesemua mereka daripada 26 buah keluarga itu masih ditempatkan di tiga buah PPS yang masih beroperasi di daerah Jelebu.

“Seramai 33 orang masih berada di PPS Balai Raya Kampung Puom yang terdiri daripada 11 buah keluarga. “Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Undang Abdullah pula seramai 20 orang daripada lima buah keluarga masih ditempatkan di situ manakala di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir kini menempatkan seramai 29 orang daripada 10 buah keluarga,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya