804 penjawat awam terlibat dadah, 346 adalah polis - Utusan Malaysia

804 penjawat awam terlibat dadah, 346 adalah polis

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merekodkan sebanyak 804  penjawat awam terlibat penyalahgunaan dadah sejak Januari hingga November lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 346 adalah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata beliau, sebanyak 340 orang pula terdiri kakitangan awam diikuti Angkatan Tentera Malaysia (104 orang) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (14 orang).

“Berdasarkan statistik ini, kita dapat lihat penglibatan pegawai dan anggota PDRM dalam penyalahgunaan dadah tidak kritikal.  Angka 346 orang hanya mewakili 0.04 peratus daripada seramai 128,325 orang yang terlibat dalam  menyalahgunakan dadah.

“Jumlah yang direkodkan itu rendah berbanding tahun 2020 yang mana sebanyak 408 warga PDRM terlibat dadah diikuti 2019 (566 orang) dikesan menyalahgunakan dadah,” katanya dalam sidang akhbar khas pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini hari ini.

Kata Razarudin, jumlah warga PDRM terlibat dalam penyalahgunaan dadah  tidak terlalu kritikal memandangkan hanya 0.04 peratus direkodkan.

“Situasi ini sangat terkawal memandangkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sentiasa memantau pergerakan pegawai dan anggota kita.

“Selain itu, ujian saringan secara berkala turut dijalankan JSJN di peringkat daerah dan kontinjen negeri agar memastikan mereka bebas daripada sebarang salah laku serta penyalahgunaan dadah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya