PETALING JAYA: Seramai 73 warga Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang terdiri daripada 71 pelajar dan dua guru disahkan positif Covid-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, 451 orang yang melibatkan 13 guru, seorang kakitangan dan 473 pelajar telah disaring.
“Semua guru dan pelajar (kecuali empat) lengkap vaksinasi. 65 pelajar dipindah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. Semua kategori 1 dan 2A, semua stabil.
“242 orang kontak rapat dikuarantin (pelajar dikuarantin di asrama SSP). Kementerian Kesihatan akan terus pantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Semalam Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di SSP berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan Radzi menerusi rakaman video di Facebook rasminya.