703 mangsa banjir Melaka dibenarkan pulang - Utusan Malaysia

703 mangsa banjir Melaka dibenarkan pulang

BANJIR termenung di salah sebuah kampung di Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bencana banjir kilat di negeri ini kembali pulih dengan seramai 703 orang mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak Isnin lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 4 petang tadi, hanya 150 orang mangsa ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, seramai 78 mangsa masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China manakala empat yang lain di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Alor Gajah.

“Seramai 68 mangsa turut ditempatkan di SK Parit Penghulu Benteng, Jasin. Setakat ini seramai 703 mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas kawasan mereka telah dipastikan selamat daripada bencana banjir kilat,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 15 kawasan di Alor Gajah masih terjejas iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China dan Taman Seri Bayu.

“Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kampung Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Paya Lebar, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau, Kampung Gangsa dan Kampung Gadek Dalam. Sementara itu di Jasin membabitkan Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Lubuk Kasau, Tanjung Labuh, Kampung Tersusun Rambai Jaya, Batu 16 Jasin dan Tehel,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya