KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan hari ini berkurangan kepada 633 membabitkan 222 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah Pasir Mas.
Difahamkan, kesemua mangsa masih terkandas di PPS berikutan fenomena air bertakung atau banjir termenung yang tidak surut-surut selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air sejak minggu lalu.
Berdasarkan InfoBencanaJKM), setakat tengah hari ini, empat PPS yang masih dibuka adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, PPS SK Gual Periok, PPS SK Kubang Kual dan PPS Putat Tujoh.
Sementara itu, laman web, publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan semua paras air utama di Kelantan kini di paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini berada di paras berjaga 7.38 meter.