Sebanyak 6 kluster Covid-19, 103 kematian dilaporkan

6 kluster Covid-19, 103 kematian dilaporkan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan enam kluster Covid-19 baharu selepas semalam, turut mencatatkan enam kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan enam kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 227 kluster. 

“Selain itu, 5,732 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,959 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,806 kes berbanding semalam, 5,439 kes sekali gus diatasi 7,246 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 511 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 266 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,806 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 103 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 5,703 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 49 kes berbanding kelmarin, 55 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,474 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 12 daripada 49 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,165 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya