PETALING JAYA: Jumlah kes harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 5,806 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,644,027 kes.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Perkembangan itu menyaksikan sedikit peningkatan berbanding semalam dengan 5,439 kes.
Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.
Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.09, diikuti Pulau Pinang dan Labuan (1.03), manakala Melaka dan Kuala Lumpur (1.0).
Selangor, Johor, Kedah dan Pahang merekodkan nilai Rt 0.99, diikuti Putrajaya dan Perak (0.98), Kelantan dan Sabah (0.95) manakala beberapa negeri mencatatkan di bawah Rt seluruh negara, dengan Terengganu 0.94, Negeri Sembilan 0.93 dan Sarawak 0.77.