Sebanyak 5,651 sampel Covid-19 sudah dianalisis oleh MGVI

5,651 sampel Covid-19 sudah dianalisis oleh MGVI

DR. ADHAM Baba ketika berucap pada Majlis Graduasi MyHackathon 2020 di Kuala Lumpur, semalam. -FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,651 sampel Covid-19 sudah dianalisis dan sebanyak 3,885 sampel telah dikenal pasti sebagai Variasi Delta serta dua sampel dikenal pasti sebagai variasi kecil AY.4.2 yang dikenali bulan lepas.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dari 5,651 sampel, sebanyak 3,885 sampel telah dikenal pasti sebagai Varian Delta serta dua sampel dikenal pasti sebagai varian kecil AY.4.2 pada November lalu.

Terdahulu, MOSTI sedang dalam proses menjalankan dua ujian klinikal terhadap vaksin yang dihasilkan dalam negara melalui penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Makmal-makmal mengenal pasti dan memantau variasi virus Covid-19, terutamanya varian kebimbangan (VOC) seperti varian Alpha, Beta, Gamma, Delta dan yang terbaharu varian Omicron, serta varian yang diminati (VOI) seperti varian Lambda dan varian Mu.

“Sampel-sampel tersebut telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dari seluruh negara. Pada masa sekarang tiada varian Omicron dilaporkan di negara kita.

“MOSTI bekerjasama dengan KKM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan tujuh makmal untuk membangunkan kajian vaksin di dalam negara,” katanya dalam Majlis Graduasi MyHackathon 2020, di sini hari ini.

Turut hadir majlis tersebut, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan pembudayaan Sains), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Sdn. Bhd., Rafiza Ghazali.

“MOSTI akan memberikan RM4.5 juta geran syarat kepada 18 pemenang MyHackathon 2020 melalui Cradle, menerima RM250,00 pada setiap pemenang,” ujarnya.

Beliau menambah, Cradle memainkan peranan untuk memantau serta memastikan projek rintis yang dibangunkan dilaksanakan dalam tempoh satu tahun oleh penerima-penerima geran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya