55 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selangi positif Covid-19 - Utusan Malaysia

55 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selangi positif Covid-19

BAKUL makanan yang dihantar ke Kampung Orang Asli Sungai Selangi selepas 55 penduduknya disahkan positif Covid-19 di Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kampung Orang Asli Sungai Selangi, di sini diletakkan di bawah zon merah selepas 55 penduduknya disahkan positif Covid-19.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Tinggi menerima notifikasi terdapat banyak kes bergejala di kampung berkenaan yang terletak di Mukim Sedili Besar itu, kelmarin.

“Susulan itu ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) Covid-19 telah dijalankan dan sehingga kini 55 orang penduduk telah disahkan positif Covid-19. Tiga penduduk dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala 52 orang dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Olive Permai.

“Bagi penduduk yang dikategorikan sebagai kontak rapat telah diberikan arahan perintah pengawasan di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hazlina berkata, keadaan di lokasi terkawal di bawah penyelarasan pejabat daerah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), polis dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, pihaknya segera menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan untuk penduduk yang terlibat sejurus selepas dimaklumkan tentang perkara itu.

Bagaimanapun pengagihan bakul makanan dari rumah ke rumah dilakukan oleh pihak KKM sebagai langkah pencegahan mengelakkan penularan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya