55 kanak-kanak jadi yatim piatu akibat Covid-19 di Selangor - Utusan Malaysia

55 kanak-kanak jadi yatim piatu akibat Covid-19 di Selangor

SITI MARIAH MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sehingga September lalu, seramai 55 kanak-kanak di negeri ini dilaporkan menjadi yatim piatu akibat kehilangan kedua ibu bapa yang meninggal dunia selepas dijangkiti pandemik Covid-19 sejak virus itu tular pada Mac 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, laporan itu berdasarkan data diberikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

“Yang menjadi yatim adalah seramai 1,648 orang dengan daerah Hulu Langat, Klang dan Petaling Perdana mencatatkan jumlah anak yatim tertinggi di negeri ini,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan SUK, di sini hari ini.

Beliau melaporkan jumlah itu ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tuanku, Lim Yi Wei yang meminta maklumat jumlah anak yatim dan yatim piatu dicatatkan di Selangor akibat pandemik terbabit.

Bagaimanapun, Dr. Siti Mariah memaklumkan satu perkembangan baharu akan dimaklumkan kemudian apabila data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor diperoleh. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya