KUALA LUMPUR : Jangkitan harian Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 5,058 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,683,523 kes setakat ini.
Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan turut melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,787 orang, daripada 2.67 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data kementerian i portal CovidNow, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).- UTUSAN ONLINE