472 kawasan Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air bermula hari ini - Utusan Malaysia

472 kawasan Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 472 kawasan di tiga wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Memaklumkan perkara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, ini kerana dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas dan satu loji beroperasi pada pengeluaran separa
berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

Bagi LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2.

Malah, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40 peratus daripada pengeluaran harian manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa di henti tugas berikutan banjir.

“Disebabkan oleh kesulitan yang dialami di mana kebanyakan jalan utama ditutup berikutan situasi banjir yang meningkat, Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air
alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya dalam satu kenyataan.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya