465 mangsa terjejas banjir di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

465 mangsa terjejas banjir di Negeri Sembilan

Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Jimah Lama, Port Dickson baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 465 mangsa daripada 100 keluarga terjejas akibat banjir di negeri ini setakat pukul 12.30 tengah hari tadi. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Lt. Kol. (PA) Mohd. Syukri Madnor berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 429 orang mangsa telah dihantar ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Negeri Sembilan.

“Setakat 12.30 tengah hari tadi terdapat 10 PPS menempatkan 100 keluarga yang terjejas dengan melibatkan 465 mangsa. Bagaimanapun, seramai 429 mangsa ditempatkan di PPS di negeri ini.

“Di negeri ini, PPS terbesar melibatkan 113 mangsa di Sekolah Kebangsaan Jimah Lama. Bagi pecahan daerah Port Dickson sebanyak empat PPS, dua PPS di daerah Jelebu, satu di daerah Seremban, dua di daerah Rembau, satu di Kuala Pilah.

“PPS daerah Tampin telah ditutup semalam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Lama, Port Dickson hari ini.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan 55 anggota APM telah dikerahkan sepanjang kejadian banjir ini.

“Selain itu, aset logistik APM juga telah digerakkan bagi memastikan sebanyak enam buah lori, lima pacuan empat roda, satu unit bot, empat unit ambulans bagi menghantar bekalan dan kerja penyelamatan.

“Kami juga turut dibantu agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela, polis, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Kementerian Kesihatan. Kami juga dibantu oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan komuniti setempat,” katanya.

Dalam pada itu, seramai dua mangsa banjir yang positif Covid-19 telah dihantar ke hospital berdekatan.

“Bagaimanapun, kontak rapat mangsa yang terjejas telah diasingkan di PPS SK Jimah Lama dan kami mengehadkan pergerakan mereka. Pihak Kementerian Kesihatan juga akan ditempatkan di setiap PPS bagi memantau mangsa banjir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya