44 kawasan berpotensi berlaku tanah runtuh  - Utusan Malaysia

44 kawasan berpotensi berlaku tanah runtuh 

PENDUDUK di negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan diminta bersiap sedia menghadapi hujan berterusan pada 30 dan 31 Disember ekoran luruan MTL di Laut China Selatan yang bermula pada 27 Disember. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Terdapat 44 kawasan dikenal pasti berpotensi berlaku tanah runtuh di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur susulan negara memasuki fasa Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac ini.

Situasi itu dilaporkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang memaklumkan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Selain ancaman berkenaan, hujan lebat berterusan di kawasan di negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka berlaku pada 30 hingga 31 Disember ekoran pengesanan luruan MTL di Laut China Selatan yang diramal bermula Isnin ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, semua JPBN negeri berkenaan diminta untuk sentiasa berwaspada daripada amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta mengambil tindakan awalan untuk membuka PKOB bermula hari ini.

“Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut (memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal). 

“PKOB juga telah memaklumkan kepada pihak JPS keperluan untuk atur gerak pam bagi operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang. PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dekat Persiaran Kemuning Prima di Seksyen 25, Shah Alam, di sini yang dibuka sejak 18 Disember lalu.

Dalam pada itu, Aminuddin menyarankan penduduk di negeri terjejas membuat persiapan dan bersedia menghadapi situasi hujan berterusan seperti dimaklumkan MetMalaysia.

“PKOB juga telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  keperluan untuk atur gerak pam bagi operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang Nadma sedang menyelaras bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab. 

“Bagi menghadapi banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, pihak APM Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri Pahang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya