37 tahun tunggu hak milik tanah - Utusan Malaysia

37 tahun tunggu hak milik tanah

PENDUDUK mengadakan perhimpunan bagi menuntut hak milik tanah di Kampung Melayu Sungai Cawang Batu 7 Dalam, Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 23 penduduk Kampung Melayu Sungai Cawang Batu 7 Dalam, Changkat Jong di sini, meminta campur tangan kerajaan negeri berhubung permohonan mereka untuk mendapatkan geran hak milik tanah yang mereka duduki sejak 37 tahun lalu.

Menurut penduduk terlibat, mereka sudah tinggal di situ sejak1984 namun masih belum mendapat geran hak milik di tanah yang mereka usahakan dengan tanaman kelapa sawit, durian dan sayur.

Mereka juga mendakwa permohonan untuk mendapatkan geran hak milik tanah di kampung itu tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan di sini.

Wakil penduduk, Adenan Mat Saud, 60, berkata, dia antara penduduk terawal yang mengusahakan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) iaitu sejak 1984.

Menurutnya, tanah tersebut yang dijadikan tanah pertanian adalah mata pencarian penduduk selama ini.

“Kami dibenarkan terus tinggal di sini namun kami dinasihatkan merujuk masalah hak milik kepada pihak yang berkenaan di sini.

“Pada 2017, kami semua membuat permohonan di Pejabat Tanah Daerah Teluk Intan supaya tanah seluas kira-kira 80 hektar ini diberikan geran bagi mengelak berlaku masalah pemilikan tanah kemudian hari.

“Namun kami kecewa apabila bertanya di Pejabat Tanah dan Daerah memberitahu proses untuk pemberian hak milik tanah di kampung kami belum dilakukan. Kami kecewa dengan keadaan ini dan mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk, Patimah Murat, 78, berkata, masalah hak milik tanah di kampung itu perlu diselesaikan bagi mengelak masalah pada masa akan datang.

Katanya, ini kerana tanah berkenaan akan diwarisi oleh anak cucu mereka.

“Saya berharap sebelum saya menutupkan mata, saya dapat geran hak milik tanah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya