358 mangsa banjir di Negeri Sembilan masih ditempatkan di enam PPS - Utusan Malaysia

358 mangsa banjir di Negeri Sembilan masih ditempatkan di enam PPS

PENDUDUK di sekitar pekan Titi, Jelebu membersihkan rumah masing-masing yang terjejas akibat banjir. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 358 orang mangsa yang terjejas banjir di Negeri Sembilan masih lagi ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka, setakat pukul 4 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menerusi maklumat yang dikongsikan memaklumkan, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 93 keluarga.

Menurut kenyataan itu, enam PPS yang masih dibuka tersebut masing-masing empat buah di daerah Jelebu, sebuah di Seremban dan sebuah lagi di Port Dickson.

“Mangsa paling ramai adalah yang ditempatkan di PPS Dewan D’Sury yang terletak di Jelebu iaitu seramai 143 orang daripada 42 buah keluarga.

“Ia diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir yang juga di daerah Jelebu iaitu seramai 70 orang mangsa daripada 19 buah keluarga,” katanya.

Sementara itu tambah maklumat tersebut, sejak kejadian banjir berlaku pada 18 Disember lalu sehingga ke hari ini, seramai 766 orang mangsa daripada 188 buah keluarga telah mendapatkan perlindungan di 19 buah PPS yang telah dibuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya