32 selamat, 3 masih hilang kejadian banjir lumpur di Bentong - Utusan Malaysia

32 selamat, 3 masih hilang kejadian banjir lumpur di Bentong

SERAMAI 35 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan satu kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi Chalet Bobby Eco Camp di Bentong, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang kanak-kanak lelaki, seorang lelaki dan perempuan dewasa hilang dibawa arus sungai dalam kejadian banjir lumpur di Chalet Bobby Eco Camp di sini malam semalam.

Seramai 32 orang lagi yang turut berdepan detik cemas sewaktu kejadian banjir lumpur tersebut berlaku selamat.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pada pukul 10.40 malam semalam, pihaknya mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dengan dibantu oleh BBP Gombak ke lokasi kejadian.

“Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM negeri juga digerakkan bagi membuat kerja-kerja penyelamatan mangsa dilaporkan dalam keadaan kesejukkan dan tidak berani untuk berada dalam chalet yang tidak selamat diduduki disebabkan ancaman arus sungai yang deras.

“Pada pukul 4.09 pagi hari ini, pihak bomba telah menemukan 32 orang termasuk lapan kanak-kanak.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan dan tamat pada pukul 8.30 pagi namun setelah dilakukan kiraan, pihak bomba mendapati tiga mangsa termasuk saorang kanak-kanak telah hilang.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa diteruskan dengan bantuan tiga ekor anjing pengesan dan tujuh anggota Unit Pengesan dalam jarak 300 meter radius dari kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pusat itu dalam kenyataannya berkata, seramai 22 anggota terlibat dalam kerja menyelamat diketuai oleh Ketua Balai BBP Genting Highlands, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusri Abdullah Sani.

Operasi ditangguhkan pukul 6.30 petang hari ini dan disambung semula pada Isnin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya