309 mangsa banjir Jelebu masih berada di PPS - Utusan Malaysia

309 mangsa banjir Jelebu masih berada di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jelebu menjadi satu-satunya daerah di Negeri Sembilan yang masih membuka pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir baru-baru ini.

Sebanyak empat buah PPS beroperasi di daerah tersebut yang kini menempatkan seramai 309  mangsa yang terjejas banjir daripada 84 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan menerusi maklumat yang dikongsikan memaklumkan, empat buah PPS yang masih dibuka tersebut adalah di 

Dewan D’Sury, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang Hilir, Balai Raya Kampung Puom dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Undang Abdullah.

“PPS di Dewan D’Sury yang terletak di Kuala Klawang ketika ini menempatkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 139 orang daripada 39 buah keluarga.

“Ia diikuti PPS SK Dato’ Undang Abdullah seramai 68 mangsa, SMK Triang Hilir seramai 65 orang mangsa dan Balai Raya Kampung Puom seramai 37 orang mangsa,” katanya.

Menurut maklumat tersebut, sejak bencana banjir melanda di negeri ini baru-baru ini, seramai 787 mangsa banjir ditempatkan di 19 buah PPS yang melibatkan 192 buah keluarga. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya