300 sukarelawan agensi kerajaan bantu mangsa banjir di Selangor - Utusan Malaysia

300 sukarelawan agensi kerajaan bantu mangsa banjir di Selangor

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (empat kanan) melepaskan konvoi misi sukarelawan membantu mangsa banjir di Selangor di Alor Setar hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 300 sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan pegawai agensi kerajaan negeri sertaPusat di negeri ini menyertai misi membantu mangsa banjir bertolak ke Selangor hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, sukarelawan tersebut  adalah susulan daripada misi bantuan awal yang terlibat digerakkan terlebih dulu, selain bantuan kewangan berjumlah RM200,000 yang diumumkannya sebelum ini.  

Katanya, sebanyak 40 kenderaan terdiri daripada pacuan empat roda, kereta dan lori agensi terlibat digerakkan ke Selangor bagi membawa sukarelawan tersebut serta peralatan lengkap.

“Sukarelawan itu akan berada di Selangor hingga 28 Disember depan untuk melaksanakan tugas masing-masing. Mereka ditempatkan sementara di sebuah dewan di Kajang sepanjang tempoh melaksanakan misi itu.

“Saya difahamkan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri sudah menentukan lokasi untuk sukarelawan dari Kedah berkhidmat,” katanya selepas melepaskan konvoi misi sukarelawan tersebut di pekarangan Wisma Darul Aman di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya