‘2PAI, tak sindir sesiapa’ - Asyraf Nasir - Utusan Malaysia

‘2PAI, tak sindir sesiapa’ – Asyraf Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dunia hip hop tempatan terus menggegar ruang udara muzik Malaysia. Tidak terkecuali memeriahkan genre ini adalah bintang hip hop yang semakin mencipta nama, Asyraf Nasir.

Sejak kemunculannya dalam pertandingan mencari bakat hip hop anjuran stesen radio Era, Asyraf telah berjaya mencuri perhatian penggemar muzik tempatan dengan beberapa lagu dan projek kolaborasi.

Kini, penyanyi ini kembali dengan sebuah lagi karya yang dijangka akan mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya dalam industri.

Projek terkininya yang berjudul 2PAI sebenarnya diinspirasikan oleh peribahasa ‘setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Dicipta dan ditulis oleh Asyraf sendiri, lagu yang diterbitkan oleh Wolfy ini berkisar sifat manusia yang boleh menjadi angkuh apabila mereka memperolehi segalanya.

“Tidak menunjukannya kepada sesiapa, tetapi saya pasti wujud individu-individu di luar sana yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ke puncak tanpa mempedulikan isu moral dan kebaikan.

“Jadi lagu ini mengingatkan kita bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia juga satu peringatan bahawa manusia mudah leka dan harus sedar yang setinggi mana pun pencapaian, janganlah lupa titik permulaan kita.

“Bagi saya, tiada siapa yang dapat perolehi kejayaan sepenuhnya tanpa bantuan orang lain,” katanya.

Kata Asyraf, 2PAI juga memberi peluang untuk pendengar mengenal bunyi khas atau sound Asyraf Nasir itu sendiri yang sepenuhnya sepanjang dirinya bergelar ahli muzik.

Menurut Asyraf lagi, lagu ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan secara keseluruhan kerana dia ingin memberi gambaran sebenar daripada pemerhatian sendiri.

“Biarpun penulisan lagu mengambil masa lebih kurang dua hari, persiapan jalan ceritanya itulah yang memakan masa.

“Dari segi komposisi lagu, saya bekerjasama dengan Wolfy secara maya. Lagu ini disiapkan pada tahun 2020, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi kami terpaksa membuat panggilan video untuk bincangkan susunan lagu,” tambahnya lagi.

Malah, katanya, kesemua rakaman vokal dilakukannya sendiri di rumah disebabkan PKP.

“Saya sebenarnya memang berniat nak rakam dalam studio, tetapi setelah membuat rakaman buat kali ketiga dan keempat di rumah sendiri, saya rasa hasilnya tak sama seperti kali pertama saya rakam di rumah.

“Jadi semua vokal yang anda dengar ni adalah rakaman suara yang pertama saya lakukan di rumah,” jelasnya.

Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik istimewa arahan Thaqif Saadon.

Malah rakan seper­juangannya, YonnyBoii turut diundang untuk memainkan salah satu watak tersebut.

“Biarpun video muzik dirakam dalam masa satu hari, persiapan penuh mengambil masa sebulan sebelum kami akhirnya dapat berada di lokasi bersama kru terlibat di set. Semua orang akan lihat karakter saya yang berbeza daripada yang biasa sebab konsepnya seperti filem aksi,” ujarnya.

2PAI berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox,KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 26 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya