28 GRO bersesak di ruang rahsia elak dicekup - Utusan Malaysia

28 GRO bersesak di ruang rahsia elak dicekup

SEBAHAGIAN GRO yang ditangkap Jabatan Imigresen Perak di sebuah pusat hiburan dalam operasi pada 13 Disember lalu di Jalan Canning Estate di Ipoh. - UTUSAN/IHSAN JABATAN IMIGRESEN PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cubaan 28 pelayan pelanggan (GRO) bersembunyi di ruang rahsia yang sempit di tingkat tiga sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini, gagal menyelamatkan mereka daripada dicekup pihak berkuasa.

Dalam serbuan pada pukul 9.30 malam pada 13 Disember lalu, GRO yang ditahan membabitkan 15 wanita warga China, tiga wanita warga Thailand dan 10 wanita warga Vietnam.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, serbuan yang disertai 28 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa itu turut menahan tujuh lelaki tempatan dipercayai penjaga dan pekerja premis berkenaan.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 26 hingga 45 tahun.

“Dalam operasi tersebut, wanita-wanita itu melarikan diri dengan bersembunyi di sebalik ruang rahsia yang sempit di tingkat tiga pusat hiburan berkenaan.

“Bagaimanapun, taktik itu gagal dan berjaya dikesan pegawai operasi yang menjumpai tempat persembunyian mereka,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat, pusat hiburan yang diserbu itu disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah dan bekerja sebagai GRO.

Katanya, siasatan mendapati premis itu beroperasi bermula pukul 5.00 petang hingga 5.00 pagi.

“Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa, tidak memiliki pas yang sah, melindungi warga asing tanpa pas yang sah dan melanggar syarat pas lawatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya