279 sindiket dadah tumpas termasuk didalangi Datuk - Utusan Malaysia

279 sindiket dadah tumpas termasuk didalangi Datuk

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sebanyak 279 sindiket dadah di seluruh negara sepanjang tahun ini termasuk ada sebahagiannya diketuai oleh golongan kenamaan bergelar Datuk.

Bukan itu sahaja, daripada sindiket yang ditahan, ada diketuai individu bergelar usahawan yang berselindung di sebalik perniagaan mereka untuk menjalankan pengedaran dadah di dalam dan luar negara.

Timbalan Ketua Polis Negara,  Datuk Razarudin Husain berkata, kewujudan mereka ini yang berselindung di sebalik aktiviti perhotelan, pelancongan, perkapalan dan pengangkutan ini dibimbangi memonopoli ekonomi gelap  seterusnya merugikan negara.

Ini kerana, kata beliauu, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan bersih untuk mengedar dan menjual dadah.

“Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mendapati, ‘kingpin-kingpin’ ini menjalankan perniagaan lain yang sah bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Kita akui memang sukar  mengenal pasti kingpin kerana kebanyakan tangkapan yang dilakukan sebelum ini membabitkan ahli sindiket bawahan dan ini menjadi cabaran paling besar kami.

“Selagi mereka tidak ditangkap, selagi itu mereka boleh rekrut ahli lain,” katanya dalam sidang akhbar khas pencapaian JSJN di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin berkata, polis giat memburu seorang ahli perniagaan yang juga kingpin dipercayai bersembunyi di sebuah negara Asia.

“Lelaki berasal dari utara tanah air itu melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja mengetahui polis menumpaskan sindiket didalanginya selain sudah mengeluarkan waran tangkap bagi menahannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan dianggarkan menanggung kerugian RM158,131,029.29 iaitu nilai sitaan aset yang dipercayai tidak membayar cukai kerana menjalankan kegiatan mengedar dadah.

“Justeru  JSJN sentiasa berusaha memastikan perkara itu tidak berlaku dan terus operasi serta risikan diperhebat dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya