257 mangsa banjir di dua PPS di Hilir Perak - Utusan Malaysia

257 mangsa banjir di dua PPS di Hilir Perak

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa keluar penduduk yang terjejas banjir di Lorong Mesra, Batu 7 1/2, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, kelmarin. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keadaan banjir di Hilir Perak sejak Ahad lalu tidak berubah dengan seramai 257 penduduk masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Teluk Intan sehingga hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, mangsa yang terdiri daripada 72 buah keluarga itu ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Taib di Batu 4 dan di Dewan Bandaran Teluk Intan.

Menurutnya, seramai 148 orang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Taib iaitu penduduk Batu 7 Jalan Changkat Jong, Batu 7 1/2 Lorong Mesra, Kampung Batu 8 Lorong Kedah, Kampung Baru Batu 8, Kampung Batu 9 dan Kampung Batu 10.

“Seramai 109 mangsa lagi ditempatkan di Dewan Bandaran Teluk Intan yang terdiri daripada penduduk Batu 7 1/2 Lorong Mesra, Batu 9 Changkat Jong, Batu 10 Jalan Bidor, Batu 15 Kampung Ayer Hitam, Batu 6 Kampung Glouster dan Kampung Selat Sungai Manggis,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya