Tuah penumpang menaiki ETS 218 kali, penumpang terima pelbagai hadiah - Utusan Malaysia

Tuah penumpang menaiki ETS 218 kali, penumpang terima pelbagai hadiah

MOHD. RANI HISHAM Samsudin (tengah) bersama tiga penumpang setia ETS yang diraikan dengan hadiah menarik di Stesen KL Sentral semalam. – IHSAN KTMB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesetiaan seorang penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk berulang-alik sebanyak 218 kali sepanjang tahun ini mendapat penghargaan dengan menerima pelbagai hadiah daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Norida Lahazan yang menaiki ETS untuk perjalanan antara Ipoh, Perak dan KL Sentral di ibu negara diberi  penghargaan oleh KTMB dalam Majlis Meraikan Penumpang Setia ETS di Stesen KL Sentral dekat sini semalam.

“Saya berharap lebih ramai penumpang menaiki ETS kerana perkhidmatan trennya amat selesa dan amat menjimatkan masa,” katanya selepas majlis berkenaan.

Turut dirai ialah Deborah Anne merekodkan 30 trip antara Sungai Petani, Kedah ke KL Sentral dan Anna Syuhaida Ismail dengan 16 trip antara KL Sentral ke Butterworth, Pulau Pinang.

Tiga penumpang wanita bertuah itu membawa pulang hadiah yang berupa komputer riba dan barangan eksklusif dari Railboutique KTMB yang berjumlah secara keseluruhan RM10,000.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin pada majlis itu berkata, ia antara cara bagi menghargai kesetiaan penumpang yang mendokong ETS sejak sekian lama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya