229 kluster aktif Covid-19,  339 kes ICU - Utusan Malaysia

229 kluster aktif Covid-19,  339 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) terus merekodkan kes di bawah 400 apabila mencatatkan 339 kes berbanding semalam, 329 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula kekal di bawah 200 kes apabila merekodkan 180 kes berbanding semalam, 179 kes.

Bagi kes positif katanya, ia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 3,528 kes berbanding semalam, 3,510 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 4,489 kes.

“Malaysia merekodkan sebanyak 1.9 peratus bersamaan 66 kes daripada 3,528 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima. Bakinya, 3,462 kes bersamaan 98.1 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, empat kluster baharu dicatatkan menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,098 kluster. 

“Sebanyak 229 kluster aktif, manakala jumlah kluster tamat sebanyak 5,869 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 44 kes berbanding kelmarin, 29 kes. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya