22,875 mangsa banjir di 125 PPS - Utusan Malaysia

22,875 mangsa banjir di 125 PPS

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 22,875 mangsa banjir di lapan daerah meliputi 18 mukim di negeri ini setakat pukul 8 malam tadi berbanding 30,632 orang, kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua mangsa daripada 5,165 keluarga itu ditempatkan di 125 pusat perpindahan sementara (PPS).

“Alhamdulillah, gerak kerja rapat dengan ketumbukan 3,326 anggota termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  terus berusaha dalam operasi mengurus termasuk mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir.

“Dalam ikhtiar yang diusahakan ini, dukacita dimaklumkan bahawa setakat semalam, tragedi banjir ini telah mencatatkan kematian 24 orang korban. Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada semua keluarga terbabit dan berharap semoga mereka diberi kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi musibah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya