22.7 juta individu dewasa lengkap vaksinasi - Utusan Malaysia

22.7 juta individu dewasa lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 22,707,144 atau 97 peratus individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. 

Berdasarkan laman sesawang CovidNow, jumlah itu menyaksikan seramai 332,636 atau 1.4 peratus populasi individu berusia 18 tahun ke atas belum lengkap divaksinasi. 

Dalam pada itu, seramai 2,716,048 atau 86.3 peratus populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi, manakala 110,713 atau 3.5 peratus dari populasi itu belum lengkap vaksinasi. 

Perkembangan itu menyaksikan seramai 25,423,192 atau 77.8 peratus jumlah keseluruhan populasi negara lengkap menerima suntikan vaksinasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya