21 stesen beri amaran awal banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

21 stesen beri amaran awal banjir di Terengganu

OSMAN Abdullah (kanan) memberikan taklimat persiapan JPS dalam menghadapi banjir di Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu, hari ini. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 21 stesen siren amaran awal banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di seluruh negeri berada dalam keadaan siap sedia sepanjang Monsun Timur Laut yang berlarutan hingga Mac tahun depan. 

Timbalan Pengarah Pembangunan JPS negeri, Osman Abdullah berkata, inisiatif itu membolehkan penduduk setempat melakukan persediaan awal bagi menghadapi banjir termasuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, sebanyak enam stesen siren ditempatkan di Setiu diikuti lima di Hulu Terengganu, Kemaman (empat), Besut (tiga) dan masing-masing satu di Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Marang serta Dungun. 

“Siren boleh didengari sejauh satu kilometer dengan membabitkan dua keadaan bunyi iaitu aras amaran dan bahaya, apabila air mula mencecah tebing,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberikan taklimat di Kampung Pengkalan Ajal, di sini hari ini. 

Menurut Osman, Terengganu bakal mempunyai sebanyak 159 stesen pemantauan banjir menjelang November 2022 yang dibangunkan secara berfasa termasuk di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB). 

Katanya, setakat ini terdapat 93 stesen di seluruh negeri dengan penambahan 34 lagi di lembangan Sungai Terengganu yang merangkumi Sungai Telemong, Sungai Berang dan Sungai Nerus yang baharu disiapkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya