20 negara kesan Omicron - Utusan Malaysia

20 negara kesan Omicron

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 20 negara sudah melaporkan pengesanan varian baharu Omicron (B.1.1.529) dengan 18 daripadanya melibatkan kes import, setakat semalam.

Pada masa sama, sebanyak 203 daripada 215 kes varian yang membimbangkan (VOC) Omicron dilaporkan di dalam laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan maklumat diperoleh setakat ini, varian tersebut disyaki berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu yang mempunyai sistem imun rendah (immunocompromised).

Menurutnya, ia juga mempunyai banyak mutasi, termasuk 26 hingga 32 mutasi di spike protein serta 10 mutasi di protein yang melekat kepada ACE2 receptor yang membolehkan virus masuk ke dalam sel badan.

“Sebagai perbandingan, varian Beta mempunyai tiga mutasi dan varian Delta mempunyai dua mutasi. Malah, varian ini telah menular pada kadar yang lebih pantas daripada varian lain sekali gus menunjukkan kemungkinan besar ia lebih mudah merebak.

“Bukti awal menunjukkan varian ini juga berkemungkinan menyebabkan risiko lebih tinggi untuk jangkitan semula (reinfection) berbanding VOC lain,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan semasa varian baharu Omicron di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini, Kementerian Kesihatan belum mengetahui lebih lanjut berkenaan varian baharu tersebut terhadap komplikasi dan keberkesanan vaksin sedia ada.

“Kita belum tahu sehingga sekarang sama ada ia menyebabkan gejala atau komplikasi lebih teruk dan sama ada keberkesanan vaksin sedia ada adalah kurang atau sebaliknya terhadap varian ini.

“Bagaimanapun, perkembangan berhubung perkara ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya