2 kes babitkan varian Omicron dikesan di Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

2 kes babitkan varian Omicron dikesan di Pulau Pinang 

NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Dua kes positif Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di negeri ini sehingga semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, kes pertama dikesan pada 16 Disember lalu manakala kes kedua dikesan sehari kemudian. 

“Kedua-dua pesakit Covid-19 itu dipercayai baru pulang dari Arab Saudi (mengerjakan umrah). Bagaimanapun, kedua-dua mereka dikategorikan sebagai pesakit kategori satu iaitu tidak mempunyai gejala buat masa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Terdahulu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam sidang akhbar hari ini turut mengesahkan kewujudan varian baharu itu di Pulau Pinang. 

Katanya, kedua-dua pesakit kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hospital untuk pemantauan lanjut. 

“Dalam hal ini, pengesanan kontak rapat turut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga. Sehingga kini juga, hanya dua kes ini yang dikesan di Pulau Pinang dan kerajaan negeri sememangnya memandang serius akan penularan varian baharu ini,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya