PETALING JAYA: Lebih 2.7 juta atau 87 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, seramai 2,835,938 individu atau 90.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, bagi golongan dewasa pula, sejumlah 97.5 peratus atau 22,823,150 melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,126,700 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak. – UTUSAN ONLINE