18 petugas perubatan Unisza periksa kesihatan mangsa banjir di Pahang - Utusan Malaysia

18 petugas perubatan Unisza periksa kesihatan mangsa banjir di Pahang

PETUGAS perubatan Unisza melakukan pemeriksaan asas kesihatan terhadap mangsa banjir di PAKR Pandan di Kuantan, Pahang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 18 petugas perubatan di Pusat Pembangunan Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) turun padang membantu penduduk yang terjejas banjir di Pahang.

Naib Canselor (Menjalankan Fungsi) Unisza, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, pasukan yang terdiri daripada doktor dan jururawat itu ditugaskan membuat pemeriksaan asas kesihatan selain merawat luka kecil mangsa.

Katanya, semua aktiviti berkenaan dijalankan di kediaman penduduk di Kuantan dan Bera.

“Khidmat pasukan perubatan digerakkan selama tiga hari hingga esok dan Inssa-Allah, Unisza terus berhubung dan membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang.

“Khidmat bakti ini sebagai tanda simpati dan solidariti kita terhadap nasib mangsa banjir yang masih bergelut untuk memulihkan kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk di Perumahan Awan Kos Rendah (PAKR) Pandan di Kuantan, Johari Mat, 64, gembira dengan kunjungan sukarelawan Unisza yang turut memeriksa kesihatannya selain membersihkan kediaman.

“Walaupun rumah belum pulih sepenuhnya, tetapi saya terharu dengan perkhidmatan perubatan  ditawarkan Unisza, sekali gus membolehkan saya sekeluarga termasuk isteri dan anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya