1,600 perwakilan Bersatu, 197 bahagian bersidang dua hari bermula esok - Utusan Malaysia

1,600 perwakilan Bersatu, 197 bahagian bersidang dua hari bermula esok

AHMAD  Faizal Azumu (kiri) dalam sidang akhbar sempena Persidangan Agung Tahunan Bersatu di Metropolitan Square Damansara Perdana  hari ini. Turut kelihatan Wan Saiful Wan Jan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1600 perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada 197 bahagian seluruh negara dijangka menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2021 selama dua hari di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perhimpunan dimulakan dengan perasmian sayap-sayap parti iaitu Armada dan Srikandi bermula esok dan diikuti perhimpunan agung parti dengan ucapan dasar Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.

Katanya, ucapan dasar Presiden itu dijangka menjadi antara usul yang dibahaskan dalam perhimpunan agung itu nanti. 

“Kami menjangkakan ucapan Muhyiddin menggariskan perkara-perkara yang penting dan menjadi panduan bagi semua ahli-ahli Bersatu. 

“Kami juga menjangkakan Presiden menyebut tentang perkara penting seperti prinsip-prinsip asas dalam perjuangan Bersatu dan situasi politik semasa terutama dari segi pergerakan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dan  dalam kerajaan. 

“Tentu sekali Tan Sri Presiden akan membincangkan tentang asas perjuangan kita dari segi agenda memegang amanah, menjaga integriti dan tadbir urus yang baik yang menjadi tawaran yang dibawa oleh parti Bersatu ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena perhimpunan di Damansara Perdana, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Ahmad Faizal, perhimpunan agung itu menyaksikan penglibatan pertama kali secara rasmi sayap bersekutu Bersatu. 

Katanya, ia adalah satu pengiktirafan bahawa Bersatu mempunyai keahlian dan sokongan yang besar daripada kumpulan kaum bukan Melayu. 

“Permintaan permohonan menjadi ahli begitu tinggi sejak kita buka sayap bersekutu ini setelah kita memutuskan meminda perlembagaan tahun lepas. 

“Perhimpunan pada hari Ahad juga menempa satu lagi sejarah apabila kita membawa usul baharu yang dibawa oleh Majlis Pimpinan Tertinggi untuk meminda perlembagaan parti bagi menubuhkan sebuah sayap baru bakal dikenali sebagai Srikandi Muda. 

“Ini adalah pengiktirafan besar Bersatu kepada golongan wanita terutama sekali anak-anak muda wanita,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya