121,000kg barangan kitar semula dikutip, cukup tampung 10 padang bola sepak - Utusan Malaysia

121,000kg barangan kitar semula dikutip, cukup tampung 10 padang bola sepak

ZAIN Hassan (dua kanan) menyerahkan tong minyak masak terpakai kepada wakil-wakil restoran di Malakat Mall, Cyberjaya sebagai simbolik program '3R On Wheels'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Program ‘3R On Wheels’ anjuran Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) sejak 2019 mengutip sebanyak 121,000 kilogram barangan kitar semula dengan anggaran ia cukup untuk menampung 10 padang bola sepak. 

Menerusi program tersebut, sisa kitar semula yang dikumpulkan itu antara usaha bersama dengan persatuan-persatuan penduduk, sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan syarikat swasta di seluruh Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, sepanjang tahun ini, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ‘3R On Wheels’ mengumpulkan lebih 40,000 kilogram barangan kitar semula.

Menurutnya, jika dijumlahkan kutipan keseluruhan dari 2019, ia melangkaui 121,000 kilogram barangan kitar semula yang diselamatkan daripada terus ke tapak pelupusan sampah. 

“Kesemua barangan kitar semula ini kita rawat dan diasingkan di pusat Fasiliti Kitar Semula Bersepadu (IRF) kami di Fasiliti Invasi Kitar Semula (FIKS) di Presint 5, Putrajaya dan kemudian dihantar kepada pihak kilang bagi proses kitar semula.

“Ini adalah sebahagian daripada ekonomi kitaran,” katanya KETIKA berucap pada Program ‘3R On Wheels’ bersempena Recycle Fest anjuran bersama Alam Flora dan Malakat Mall, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zain berkata, program ‘3R On Wheels’ ADALAH usaha berterusan Alam Flora Group dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kitar semula serta melihat sisa yang boleh dikitar semula itu sesuatu yang bernilai. 

Katanya, ia dapat memberi satu sumber pendapatan tambahan dan yang penting adalah kelestarian alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.   

“Recycle Fest ini menghimpunkan pelbagai aktiviti kesedaran kitar semula seperti sesi perkongsian pengurusan sisa, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pertandingan doodling alam sekitar terbuka, kempen minyak masak terpakai dan program kutipan barangan kitar semula.

“Ini amat bertepatan dengan aspirasi pihak kerajaan yang menyasarkan pengurangan sebanyak 40 peratus sisa kitar semula dihantar ke tapak pelupusan sampah menjelang 2025,” ujarnya.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya