12 tahun rogol anak kandung, pemandu lori tak mengaku salah - Utusan Malaysia

12 tahun rogol anak kandung, pemandu lori tak mengaku salah

SEORANG pemandu lori dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak kandungnya di Melaka Tengah, Melaka, pertengahan Mei lalu. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya, Mei lalu. 

Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya berusia 22 tahun yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang (atau hukum agama atau adat atau kebiasaan) yang terpakai kepadanya untuk berkahwin dengan mangsa.

Tindakan itu dilakukannya kira-kira pukul 2 pagi di sebuah taman perumahan dalam daerah Melaka Tengah pada pertengahan Mei lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu turut menjadi mangsa seks tertuduh sejak berusia 10 tahun.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahida Mohamad tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu mahkamah agar jaminan rendah diberikan bagi membolehkannya menguruskan lantikan peguam.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000  dan menetapkan tarikh 21 Januari tahun hadapan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya