12 ahli sindiket pelaburan palsu ditahan polis - Utusan Malaysia

12 ahli sindiket pelaburan palsu ditahan polis

ANTARA peralatan dirampas polis yang digunakan sindiket pelaburan palsu yang beroperasi di Taman Pelangi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) menumpaskan sindiket yang menjalankan aktiviti pelaburan palsu dalam talian setelah menahan 12 suspek dalam satu serbuan di Taman Pelangi, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Lim Jit Huey berkata, kesemua 12 suspek yang ditahan adalah lelaki warganegara tempatan berusia antara 18 tahun hingga 33 tahun.

“Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu dan menyasarkan mangsa yang terdiri daripada warganegara asing. Modus operandi yang digunakan adalah berkenalan dengan mangsa melalui media sosial sebelum mereka ditipu untuk membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 47 unit telefon bimbit, 12 komputer riba dan tujuh buku skrip penipuan digunakan sindiket berkenaan.

Tambah Jit Huey, berdasarkan soal siasat yang dijalankan, suspek memaklumkan mereka dibayar gaji sebanyak RM2,500 sebulan.

“Tiga daripada suspek yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah lampau,” ujarnya sambil memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)g Akta Rumah Judi Terbuka. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya