11,469 permohonan pertukaran guru diluluskan - Utusan Malaysia

11,469 permohonan pertukaran guru diluluskan

RADZI Jidin (dua kiri) bertanyakan sesuatu kepada pelajar ketika melawat sebuah kelas selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Pendang, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Kementerian Pendidikan meluluskan sebanyak 11,469 permohonan pertukaran guru di seluruh negara pada tahun ini 

Senarai permohonan pertukaran guru yang diluluskan itu diumumkan esok.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr.  Radzi Jidin berkata,  jumlah permohonan yang diluluskan itu dianggarkan sebanyak 55 peratus daripada 20,772 permohonan yang diterima sebelum ini.

Katanya,  jumlah permohonan yang diluluskan itu adalah tertinggi  direkodkan setakat ini.

“Esok kita akan umumkan keputusan  pertukaran guru. Secara umumnya buat pertama kali pada tahun ini, peratusan pertukaran paling tinggi berdasarkan permohonan diterima,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun, di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Untuk rekod, jumlah permohonan pertukaran guru yang diterima pada 2020 adalah seramai  21,720 manakala jumlah yang diluluskan pula  22 peratus atau 4,672 permohonan.

Radzi memberitahu, pertukaran kali ini juga dilakukan bersekali dengan penempatan 18,702 guru baharu.

“Sebelum guru baharu ditempatkan, kita selesaikan dahulu pertukaran sedia ada yang mana ia menjadikan pergerakan lebih banyak,” ujarnya.

Tambahnya, kementerian sentiasa berusaha meneliti permohonan yang diterima sebagai antara usaha mengurangkan tekanan guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya