1,000 sukarelawan Mara bantu mangsa banjir, beri khidmat periksa pendawaian elektrik - Utusan Malaysia

1,000 sukarelawan Mara bantu mangsa banjir, beri khidmat periksa pendawaian elektrik

AZHAR Abdul Manaf (tengah) membantu membersihkan barangan penduduk dalam program Kampung Angkat KPLB di RTB Bukit Changgang di Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggerakkan kira-kira 800 hingga 1,000 sukarelawan sejak minggu lalu bagi melaksanakan misi membantu penduduk yang terjejas ekoran banjir di tiga negeri meliputi Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, sukarelawan tersebut melibatkan komuniti Mara terdiri daripada pegawai dan kakitangan termasuk anak syarikat serta pensyarah dan pelajar dari institusi pendidikan Mara.

“Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah pembersihan rumah, perkhidmatan pemeriksaan pendawaian dan perkakasan elektrik. Sekiranya kerosakan itu ‘minor’, kita boleh baiki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui Program Kampung Angkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, di sini hari ini.

Pada program tersebut, seramai 120 sukarelawan Mara melaksanakan misi pasca banjir melibatkan 18 rumah penduduk di Kampung RTB Bukit Changgang yang juga kampung angkat KPLB.

Dalam masa sama, Azhar berkata, sekiranya ada permintaan daripada pemilik rumah yang terkesan banjir mahu melakukan pemeriksaan pendawaian di kediaman mereka, pihaknya boleh menghantar tenaga pengajar institut kemahiran Mara bagi menjalankan perkhidmatan itu.

“Selain itu di bawah KPLB, kita ada pelbagai agensi dan kita boleh bergabung dalam melaksanakan misi ini. Yang penting ialah dapat keizinan daripada tuan rumah,” ujarnya.

Ditanya mengenai bantuan kepada usahawan dan peminjam di bawah Mara yang terjejas banjir, beliau berkata, pada masa ini pihaknya belum memperoleh angka sebenar mereka yang terlibat. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya