Ziyad takkan dihukum - POPM - Utusan Malaysia

Ziyad takkan dihukum – POPM

ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapapun dalam isu kegagalan jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik 2020 Tokyo.

POPM dalam satu kenyataan berkata, badan induk itu memuji sikap tanggungjawab Ziyad dan jurulatihnya, Faizol Harun, malah akan terus memberi sokongan kepada kepada kedua-dua individu tersebut untuk terus berjuang dalam kejohanan akan datang.

“Kami akan sentiasa memberikan peringatan kepada pengurusan pasukan termasuk jurulatih dan atlet supaya memberikan perhatian kepada tarikh dan tempoh masa pendaftaran sama ada sebelum sesuatu kejohanan mahupun semasa kejohanan berlangsung,” kata POPM.

Kelmarin, Ziyad terbukti lewat tiba di bilik menunggu sehingga penyertaannya dalam acara final lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan sekali gus pingat emas dan rekod dunia baharunya tidak diiktiraf.

Rumusan berkenaan dibuat Jawatankuasa Siasatan Dalaman dalam laporan diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa siasatan dipengerusikan Tan Sri Borhan Dolah itu mendapati jurulatih dan atlet berkenaan tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan untuk pendaftaran di bilik menunggu biarpun kedua-duanya menganggap mereka tiba tepat pada waktunya.

Dalam pada itu, POPM turut sependapat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) agar peraturan Did Not Start (DNS) dihapuskan bagi mengelak kekeliruan susulan insiden yang menimpa Ziyad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya