Zii Jia masih cari rentak - Utusan Malaysia

Zii Jia masih cari rentak

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia jelas masih bergelut mencari rentak permainan sebenar apabila terpaksa pulang awal daripada kejohanan badminton Terbuka Indonesia yang berlangsung di Bali.

Langkah Zii Jia, yang merupakan juara All England terhenti pada pusingan pertama apabila tewas kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke 21-13, 23-25, 16-21 biarpun sudah mengerah segala kudratnya.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Hendrawan mengakui, pemain lawan menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan itu, sekali gus menafikan peluang anak buahnya itu untuk melangkah ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, beliau mampu menarik nafas lega apabila Zii Jia sudah pulih daripada kecederaan belakang yang dialami sebelum ini.

“Ya, memang harus diakui pemain lawan menampilkan aksi lebih baik berbanding Zii Jia pada hari ini (semalam) tetapi kita sudah cuba buat yang terbaik dalam semua set perlawanan.

“Apa yang penting sekarang adalah dia sudah tidak ada kecederaan belakang yang dialami sebelum ini. Semuanya sudah kembali seperti biasa dan kita akan fokus pada kejohanan akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam

Dengan kekalahan itu, menyaksikan pemain No.7 dunia itu kini memiliki masa lebih kurang seminggu untuk melakukan persiapan terakhir menjelang kejohanan Jelajah Dunia Akhir yang turut berlangsung di Bali 1 hingga 5 Disember depan.

“Kita jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran untuk bersiap sedia bagi menghadapi saingan Jelajah Dunia Akhir. Sekiranya bermain, kita akan cuba lagi untuk mara lebih jauh,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya