Zaman Barcelona, Real Madrid sudah berakhir - Utusan Malaysia

Zaman Barcelona, Real Madrid sudah berakhir

DIEGO SIMEONE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Diego Simeone percaya zaman Barcelona dan Real Madrid mendominasi perebutan kejuaraan LaLiga sudah berakhir selepas tamatnya era Messi, Suarez, Neymar (MSN) dan Gareth Bale, Karim Benzema, Cristiano Ronaldo (BBC) di kelab masing-masing.

Atletico Madrid meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Osasuna dalam aksi liga menerusi jaringan tunggal Felipe pada minit ke-87 di Wanda Metropolitano.

Keputusan itu melonjakkan mereka untuk kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan tangga ketiga, Real Madrid, tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan, sambil hanya dibezakan dua mata dengan dua pasukan teratas, Sevilla dan Real Sociedad.

Simeone berasakan ia merupakan satu bukti bahawa saingan LaLiga kini lebih kompetitif dan yakin era penguasaan dua pasukan gergasi, Barca dan Madrid, sudah berakhir.

“Ia menyukarkan kami kerana LaLiga amat kompetitif, tidak ada banyak perbezaan antara setiap pasukan. Era MSN di Barca dan era BBC di Madrid sudah tamat. LaLiga kini amat kompetitif buat semua pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, pertahanan Atletico Madrid, Mario Hermoso mengakui puas dengan kemenangan pada lewat permainan ini dan percaya ia merupakan satu keputusan positif menjelang aksi penting Liga Juara-Juara (UCL) menentang AC Milan.

“Kemenangan kali ini memberikan rasa berbeza. Apabila anda mencuba dan terus mencuba serta percaya dengan apa anda lakukan, hasilnya akan tiba. 

“Tiada apa lebih baik berbanding dapat menjaringkannya pada waktu seperti itu dengan dorongan penyokong dan terutama menjelang perlawanan ‘final’ yang akan kami hadapi Rabu (awal pagi Khamis) ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya