Yayasan UMP sasar RM3.5 juta penjualan nombor pendaftaran khas ‘UC’ - Utusan Malaysia

Yayasan UMP sasar RM3.5 juta penjualan nombor pendaftaran khas ‘UC’

ABDUL Aziz Abdul Rahman (empat, dari kiri) bersama rakan strategik yang bakal bekerjasama dalam meningkatkan kemajuan dan kemantapan universiti dan pelajar dalam majlis majlis perjanjian (MoA) di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyasarkan kira-kira RM3.5 juta hasil penjualan nombor pendaftaran dengan siri khas ‘UC’ 1 sehingga ‘UC’ 9999 yang bakal dilancarkan Januari depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, nombor pendaftaran khas tersebut mula ditawarkan kepada orang awam secara bidaan setelah selesai tempoh penwartaannya.

Menurut beliau, pelancaran nombor pendaftaran UC itu adalah bersempena sambutan ulang tahun UMP ke-20.

“Kita menyasarkan penjualan nombor pendaftaran mencapai sekurang-kurangnya RM3.5 juta dan proses bidaan itu dikendalikan syarikat yang dilantik iaitu Aquatwo Sdn. Bhd.

“Nombor pendaftaran dengan digit tunggal iaitu UC 1 hingga 9 akan dibida bermula dengan nilai bidaan RM200,000. 

 “Aquatwo bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengoperasi proses bidaaan, pemasaran dan operasi jualan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perjanjian (MoA) antara Yayasan UMP dan Aquatwo di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang juga Pengerusi Yayasan UMP berkata, perkara itu merupakan usaha universiti dalam mengumpul dana termasuk daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan pelajar UMP. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya