Warganet berang drama TV papar aksi pengetua SBP hisap cerut - Utusan Malaysia

Warganet berang drama TV papar aksi pengetua SBP hisap cerut

TANGKAP layar memaparkan babak pengetua sebuah SBP menghisap cerut yang disiarkan dalam drama bersiri tempatan. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun siri drama ini sudah lama berakhir, namun salah satu babaknya terus menjadi bahan kritikan ramai warganet kerana dianggap tidak logik dan menyalahi peraturan negara.

Isu itu mendapat perhatian ramai apabila dikongsi menerusi laman sosial kesihatan popular tanah air, Public Health Malaysia (PHM) kelmarin dan tular meraih hampir 5,000 tanda reaksi selepas memuat naik hantaran asal daripada seorang netizen tempatan, Yasmin Hanani Muhammad Sufian yang mempertikai adegan itu sebagai mengaibkan imej guru.

“Saya tak tahu sekolah mana cikgu boleh hisap rokok bukan sahaja dalam kawasan sekolah, malah depan pelajar. Tapi jangan risau, ini drama dan usah tanya drama apa saya tidak tahu. Namun ini memang babak guru dan pelajar sekolah di Malaysia. Buatlah homework (kerja rumah) boleh tak produser dan pengarah. Anda memalukan profesion guru,” nukilnya kesal.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati babak tersebut dipetik daripada sebuah drama dan pernah  disiarkan menerusi satu saluran televisyen berbayar satelit tempatan dengan adegan itu memaparkan aksi pengetua sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) rekaan yang bertaraf elit di Cameron Highlands, Pahang.

Malangnya, babak itu ternyata tidak masuk akal kerana semua institusi pendidikan termasuk SBP adalah kawasan larangan merokok sejak diwartakan kerajaan pada  1997.

Malah, paparan individu yang merokok sebatang cerut dalam cereka itu juga adalah kesalahan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 apatah lagi tiada tanda amaran disiarkan.

Pentadbir akaun PHM itu turut mencatatkan hantaran bahawa jika di sesetengah negara maju, adegan merokok akan dikaburkan atau mungkin disunting keluar dari tayangan televisyen, bahkan meskipun diakui ada guru melepaskan ‘gian’ tabiat buruk itu di sekolah, tetapi ia lazim dilakukan secara tersorok tanpa dilihat sesiapa bagi menunjukkan teladan kepada murid.

“Sangka baik anggap sahajalah pengarah tidak pernah bersekolah. Sebab itu dia tidak tahu suasana dan peraturan sekolah,” komen seorang pengguna media sosial bernama Lia Marlia.

“Pengarah ini mungkin ingat dia mengarahkan drama cerita ala Megah Holding, walhal terlupa dia mengarahkan cerita di sekolah rupanya,” kata warganet dengan namanya Efa Sulaiman.

“Biasalah sekolah kayangan, sebab itu cikgu hisap curut, namun babak sebegini masih tidak wajar waima ini sekadar lakonan drama ringan,” luah netizen yang dikenali Banushreya Nair. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya