Warga emas nafi lakukan amang seksual terhadap anak kekasih - Utusan Malaysia

Warga emas nafi lakukan amang seksual terhadap anak kekasih

ABDUL Aziz Mohamed dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kekasihnya pada Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kekasihnya pada Mei lalu.

Abdul Aziz Mohamed, 62, berkerusi roda ketika hadir ke mahkamah hari ini membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa ketika itu berusia 15 tahun 10 bulan di dua lokasi berasingan, dalam semak dan di sebuah rumah di Bachok pada pukul 12 tengah hari dan 2 pagi, antara 2 Mei hingga hujung Mei lalu.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang dikenalinya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh tidak mengalami sebarang kesakitan atau kecederaan namun secara tiba-tiba memohon untuk hadir ke mahkamah dengan menaiki kerusi roda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN