Warga emas hilang 13 jam dalam hutan ditemukan selamat

Warga emas hilang 13 jam dalam hutan ditemukan selamat

WARGA emas (tengah) yang dilaporkan hilang di kawasan hutan dekat Sungai Bil, Tanjung Malim semalam, ditemukan selamat hari ini.  - FOTO/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang lebih 13 jam di kawasan hutan di Sungai Bil dekat sini, ditemui selamat hari ini.

Lelaki berusia 60 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan pada pukul 9.40 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kehilangan mangsa diterima pada pukul 8.34 malam semalam selepas dimaklumkan pihak polis.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Maklumat yang diterima mengatakan mangsa bersama dua rakan masuk ke dalam hutan di Sungai Bil untuk urusan meninjau tanah sebelum dia disedari hilang.

“Operasi mencari mangsa yang digerakkan pada pukul 9 pagi tadi dipecahkan kepada dua kumpulan dengan menggunakan kaedah ‘hasty search’ dan ‘follow the stream’,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 48 pegawai dan anggota daripada JBPM, polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Slim Village, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela terlibat dalam operasi itu. 

Katanya, mangsa berjaya ditemukan kumpulan pertama di check point pertama iaitu dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba.

“Mangsa dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan. Operasi ditamatkan pada pukul 10 pagi,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya